Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui anak syarikatnya Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn Bhd akan menawarkan antara 400 ke 600 peluang pekerjaan kepada asnaf.

Menerusi Program Peluang Kerjaya dan Temuduga Terbuka yang akan diadakan pada 15 dan 16,ia bagi membantu golongan asnaf dan yang tidak tetap pendapatan di negeri ini untuk mendapatkan pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, mana-mana asnaf dan pelajar tingkatan 5 di sekolah-sekolah seluruh negeri dijemput untuk hadir ke program berkenaan yang akan diadakan di Dewan Besar, Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Beliau memaklumkan ketika mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs ke majlis pelancaran promosi program berkenaan di Arau.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini