Sejak 2013 hingga kini, sebanyak RM22.89 juta telah diperuntukkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi membantu golongan asnaf di negeri berkenaan. Ia membabitkan 36,310 penerima.

Agihan dibuat menerusi 704 program Kayuhan MAIPS, diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. 60 daripadanya dilaksana tahun lepas, melibatkan bantuan lebih RM1 juta, untuk manfaat 1,530 asnaf.

Inisiatif bantuan menggunakan pendekatan turun padang itu akan terus dipergiat tahun ini, selari hasrat menyantuni dan mendengar permasalahan sebenar dihadapi masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini