Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus lebih proaktif memperkasakan lagi tahap daya saingnya di segenap peringkat.

Ia perlu dilaksanakan dengan memperkasa latihan kepada kakitangan iaitu pekhidmat majlis sama ada dalam bentuk latihan ilmu mahupun ICT.

Titah Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pegawai dan kakitan MAIPs pada masa yang sama juga perlu mementingkan aspek kepantasan bertindak dan membuat keputusan serta terus diterapkan di dalam organisasi.
 
Sifat responsif dan peka ini perlu disemai dalam diri setiap individu dan MAIPs perlu terus berusaha mewujudkan sebuah persekitaran kerja kondusif bagi memastikan keselesaan, ketenangan dan tahap kecekapan dalam penghasilan kerja warga kakitangannya.
 
Demikian titah baginda ketika menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM11,600 sempena Program Hijrah Minda MAIPs kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Muhammadiah, Guar Gajah, Arau, petang semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini