Peruntukan RM38.1 juta disediakan Majlis Agama Islam Selangor, MAIS bagi membantu penduduk terjejas banjir di Selangor.

Bantuan akan diagihkan ke masjid, surau, pusat tahfiz serta individu yang mengalami kerosakan rumah dan harta benda.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sumbangan bagi memenuhi masalah ummah sekaligus meringankan beban mereka.

Jelas beliau, sumbangan meliputi wang tunai, set makanan asasi, keperluan asas, pakaian sekolah, pembersihan dan baikpulih kerosakan.

Beliau berkata demikian selepas sesi pemberian bantuan MAIS kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini