Penduduk terjejas bencana banjir terus mendapat simpati dan pembelaan pihak berwajib.

Terbaharu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukan RM2.5 juta bagi membantu mereka yang terjejas.

Pengerusinya, Datuk Daud Bakar berkata, MAIWP telah memulakan bantuan fasa pertama iaitu sumbangan berupa barangan keperluan dan akan diteruskan dengan sumbangan fasa kedua yang lebih memfokuskan pemulihan pasca banjir. 

Selain itu, MAIWP turut menyediakan bantuan kewangan seperti pembayaran pinjaman bank, pinjaman kenderaan dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan kelak. 

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini