Majikan di negeri Pahang, disaran membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
 
Menurut EXCO Negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin,
komuniti itu seharusnya diberi ruang dalam mengetengahkan kemahiran yang dimiliki mereka. Menurut beliau, mana-mana majikan boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam mengenalpasti kemahiran dan kemampuan seseorang individu OKU yang memohon pekerjaan.

Ia sekaligus, membantu inisiatif jabatan tersebut dalam memperkembangkan lagi potensi dimiliki OKU dalam negeri ini selari dengan saranan kerajaan.

Tambah beliau, persepi terhadap golongan itu juga seharusnya diubah apabila ruang diberikan buat mereka untuk berdikari sebagai pekerja sokongan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Pahang di Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini