Majikan disaran menyediakan pakej menarik dalam menggaji pekerja memandangkan trend gaji terkini mencecah lebih RM1,200 dan RM1,500.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ini kerana orang ramai khususnya golongan rentan lebih berminat bekerja dalam sektor ekonomi GIG dan bekerja dari rumah memandangkan ia lebih mendatangkan pendapatan lumayan.

Antara perkara yang boleh dinilai bagi pakej gaji tersebut termasuk dari segi bakat dan pencapaian pekerja yang terlibat.

Ke arah itu pihaknya juga telah berbincang dengan golongan majikan untuk membuat pakej yang lumayan dalam pemberian gaji melalui peluang pekerjaan yang ditawarkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini