Majikan swasta diharap dapat mempertimbangkan pemberian tambahan cuti tanpa rekod pada hari kedua Deepavali kepada pekerja beragama Hindu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ia bagi membolehkan pekerja sektor berkenaan meluangkan lebih masa bersama keluarga kerana hari kedua perayaan itu jatuh pada Jumaat, 5 November.

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ia memberikan lebih masa kepada pekerja untuk bersama keluarga sempena Deepavali.

Masyarakat Hindu akan meraikan perayaan itu pada 4 November ini.

Kerajaan sejak 2018 memberi kemudahan cuti tanpa rekod sehari iaitu pada hari kedua Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam yang beragama Hindu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini