Majikan bertanggungjawab menanggung semua kos membawa masuk pekerja asing ke negara ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ketibaan semua pekerja asing hanya melalui pintu masuk KLIA dan KLIA Dua serta Sabah dan Sarawak.

Beliau menyatakannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia, mengenai Pengurusan Pekerja Asing.

Perdana Menteri pada 22 Oktober bersetuju dengan cadangan SOP kemasukan pekerja asing ke negara ini bagi semua sektor yang dibenarkan sekaligus menyaksikan perladangan menjadi sektor pertama dipilih.

Dalam pada itu, hampir 148,000 Pendatang Tanpa Izin (PATI) telah berdaftar menerusi Pelan Rekalibrasi setakat 21 Oktober.

Daripada jumlah itu, kira-kira 124,000 PATI telah pulang ke negara asal.

Kerajaan telah menjana RM71.3 juta melalui bayaran kompaun yang dikutip.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini