Semua majikan termasuklah pemilik kedai kecil yang mempunyai pekerja tidak terkecuali daripada mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Jelas Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed, ia bagi memastikan setiap pekerja yang layak akan mendapat perlindungan keselamatan sosial sewajarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media Ops Kesan Peringkat Kebangsaan di Shah Alam.

Ops Kesan diadakan serentak di seluruh negara melibatkan 500 anggota PERKESO. 220 kompaun dan 7 arahan pematuhan telah dikeluarkan hasil daripada operasi yang diadakan terhadap 1,258 majikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini