Majikan wajib membuat iklan kekosongan jawatan melalui portal MYFutureJobs bagi memastikan peluang pekerjaan yang ada dalam pasaran ditawarkan kepada pekerja tempatan sebelum kekosongan itu diisi oleh pekerja asing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata kewajipan majikan mengiklankan kekosongan jawatan sekurang-kurangnya selama 30 hari dalam portal MYFutureJobs, bermula 1 Januari tahun lepas.

Sejak kebelakangan ini, sering dibangkitkan isu-isu mengenai kekurangan tenaga kerja dalam sektor-sektor pekerjaan terutamanya yang berkaitan dengan 3D (dirty, dangerous, difficult) .

Kekosongan dalam sektor 3D itu katanya  sering diisi  pekerja asing ekoran tiada pekerja tempatan yang berminat.

Sehubungan itu, kabinet bersetuju untuk membenarkan pengambilan pekerja warga asing dalam semua sektor yang dibenarkan pada 10 Disember 2021.

Semua sektor yang dibenarkan bagi pengambilan pekerja asing adalah pertanian, perkilangan, perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan dan pekhidmat domestik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini