Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu akan bersidang Rabu depan bagi membincangkan situasi semasa di Sudan.

Mesyuarat diadakan atas permintaan enam daripada 15 negara anggota majlis iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Norway, Ireland dan Albania. Sumber diplomatik memaklumkan sesi perbincangan tidak rasmi itu akan diadakan secara tertutup.

Seorang diplomat yang tidak mahu dinamakan percaya pendirian bersama Majlis Keselamatan tidak boleh dijangka.

Ia dijangka berhadapan tentangan daripada China dan Rusia. Laporan media menyebut, bantahan awam terhadap pemerintahan tentera di Sudan masih berterusan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini