Majlis Perundingan Dasar Luar Negeri (CCFP) akan menjadi platform bagi pembentukan kerangka dasar luar Malaysia di bawah kerajaan hari ini.

Menurut  Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah,  majlis yang dianggotai 15 ahli terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kementerian, wakil-wakil perniagaan, masyarakat sivil dan ahli akademik itu, akan bermesyuarat buat kali pertama bagi menentukan hala tujunya.

Tambah beliau,diplomasi kesihatan dibicarakan oleh seluruh dunia hari ini, namun bukan sekadar berkait tentang vaksin semata-mata, ia melibatkan banyak topik lain seperti sains, kajian, termasuk perniagaan yang harus di ambil kira

Beliau turut berkata gabungan kepakaran ahli-ahli CCFP diharap berupaya untuk menyumbang ke arah proses penggubalan dasar luar negeri yang pragmatik serta berdaya tahan bagi menghadapi cabaran semasa, terutamanya susulan penularan pandemik COVID-19, selain memastikan ia selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai titik tumpuannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini