400,678 atau lebih 97 peratus guru dalam negara sudah lengkap menerima vaksin COVID-19, setakat Sabtu lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, 408,331 atau 98.8 peratus pula telah selesai suntikan dos pertama.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan komuniti guru selain yang mempunyai faktor kesihatan segera mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih di Slim River, Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini