Dua buah restoran McDonald’s di China memasang basikal senaman bagi menggantikan kerusi di meja makan sebagai inisiatif mempromosikan aktiviti bersenam dalam kalangan orang awam.

Diperbuat daripada plastik kitar semula, basikal-basikal senaman  tersebut bukan sekadar membolehkan pelanggan membakar kalori ketika makan, bahkan mereka boleh mengecas telefon bimbit menggunakan tenaga elektrik yang dijana.

Menurut McDonald’s China, buat masa ini terdapat 10 Basikal Pengecas Hijau tersebut di dua restorannya di bandar raya Guangdong dan Shanghai.

Bagaimanapun, sebilangan pengguna lain berpendapat ia  sekadar  projek perhubungan awam yang tidak  banyak  membantu untuk mengimbangi pengambilan kalori berlebihan di restoran makanan segera tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini