Pengusaha makanan di Selangor termasuk yang bukan muslim disaran mendapatkan sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Ini kerana produk yang mempunyai halal JAKIM bukan sahaja memberi keyakinan kepada pengguna malah boleh meningkatkan potensi untuk pasaran di peringkat antarabangsa. ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, kerajaan negeri percaya pasaran produk yang mempunyai sijil halal mampu menyumbang kepada ekonomi negara dalam skala lebih besar pada masa akan datang. Tambah beliau sijil halal Malaysia sangat bernilai kerana ia sangat menitik beratkan kualiti dan kebersihan. Dr Daroyah berkata demikian pada sidang media di Shah Alam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini