Pelaksanaan Program Pra Pelepasan Jemaah Haji atau ‘Makkah Route’ bagi jemaah Malaysia untuk tahun ketiga melambangkan kepercayaan Kerajaan Arab Saudi terhadap pengurusan Lembaga Tabung Haji.

Inisiatif tersebut ternyata memberi keselesaan kepada jemaah haji disamping mempercepat proses Imigresen semasa tiba di Arab Saudi

Inisiatif Makkah Route berjaya melancarkan pergerakan jemaah, termasuk yang melibatkan imigresen dan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang di Madinah serta Jeddah.

Sejurus sampai di Madinah atau Makkah, jemaah Malaysia akan terus menaiki bas ke hotel malah beg mereka akan diuruskan agensi di Arab Saudi untuk dibawa ke hotel masing-masing. 

Setakat 21 Jun, 6,927 jemaah haji Malaysia sudah tiba di Tanah Suci melalui proses Makkah Route ini.

Pelaksanaannya membuktikan hubungan dan diplomasi yang baik antara Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini