500 usahawan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan korporat diraikan pada Malam Amal Anugerah MyMalaysia 2021.

Majlis bertujuan memberi galakan kepada usahawan agar kembali bangkit mendepani cabaran pasca pandemik Covid-19.

Majlis itu juga bertujuan mengumpul dana sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang menyaksikan sumbangan sebanyak RM20,000 diserahkan kepada Pink Ribbon Wellness Foundation.

Terdapat beberapa kategori anugerah turut disampaikan antaranya Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kewangan Islam kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar,  Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kecemerlangan Akademik kepada Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kebajikan kepada Penaung Pink Ribbon Wellness Foundation, Paun Sri Maniseh Adam.

Pada majlis sama, RTM turut menerima Anugerah Pengiktirafan Media Berinformasi. Majlis anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Peniaga-Peniaga Malaysia dan Persatuan Literasi Pendidikan Kewangan Malaysia (MyLife) itu diserikan dengan kehadiran, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Muslimin Yahaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini