Malaysia Airlines Berhad sedang mengkaji semula surcaj bahan api yang dikenakan ketika ini bagi mengimbangi kenaikan harga bahan api yang melepasi AS$130 satu tong.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Kumpulannya, Lau Yin May berkata, perang Rusia-Ukraine telah mencetuskan krisis harga minyak dunia dan kenaikan mendadak berbanding ramalan awal AS$88 setong.

Kadar surcaj bahan api yang dikenakan dalam kalangan negara Asean ketika ini serendah $AS8 sejak beberapa bulan lalu.

Syarikat katanya perlu kekal kompetitif dan pada masa sama harus mengambilkira kemampuan pengguna untuk memastikan tiket penerbangan masih mampu milik.

Pihak penerbangan itu juga sentiasa memberi penekanan kepada nilai dan perkhidmatan terbaik agar tidak membebankan pelanggan.

Beliau berkata demikian dalam Pelancaran Video Keselamatan Dalam Penerbangan Malaysia Airlines di Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini