Kerajaan sedang melaksanakan kerjasama pembangunan VAKSIN COVID-19 jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) melalui rundingan dengan University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan University of Chulalongkorn, Thailand. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, rundingan tersebut kini berada dalam kajian klinikal fasa 2 dan 3.

Beliau berkata, setakat ini, RM15 juta diperuntukkan khusus untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) COVID-19. Dana khas untuk COVID-19 juga diwujudkan iaitu MOSTI Combating COVID-19 Fund Datuk Ahmad berkata, kementerian menyediakan dana dalam bentuk geran yang bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dalam memerangi dan membendung pandemik COVID-19.

Buat masa ini, kajian vaksin COVID-19 sedang dilaksanakan oleh beberapa institusi, antaranya Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di bawah Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM dan Institut Penyelidikan Veterinar. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Hatta Ramli (PH- Lumut) di Dewan Rakyat hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini