Malaysia akan terus memperjuangkan akses vaksin COVID-19 yang adil, mampu milik dan saksama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perkara itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) ke-9 yang diadakan secara maya.

Jelas Perdana Menteri, ketika banyak sekatan dilonggarkan, usaha perlu diteruskan untuk mengekang pandemik itu terutama vaksinasi.

Ujar beliau, vaksinasi terbukti menjadi kaedah paling berkesan bagi membasmi COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini