Menyentuh konflik Rusia-Ukraine, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Malaysia amat prihatin terhadap peningkatan konflik dan menggesa semua pihak terlibat mengambil langkah segera untuk mencegah kehilangan nyawa dan kemusnahan.

Beliau berkata, Wisma Putra setiasa berhubung rapat dengan kesemua rakyat Malaysia terlibat, sehingga proses evakuasi itu selesai. 

Kedutaan Malaysia di Kyiv kini menjalankan pemindahan baki lapan warga Malaysia dan dua tanggungan warga asing mereka.

Minggu lepas, tiga belas rakyat Malaysia telah selamat keluar dari Ukraine pada minggu lepas. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini