Malaysia dan Arab Saudi bersetuju meningkatkan lagi tahap kerjasama dua hala dengan menubuhkan Majlis Koordinasi Arab Saudi-Malaysia (SMCC).

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan di Perdana Putra Rabu lepas.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri memberitahu, selain itu, usaha untuk mengaktifkan semula inisiatif penubuhan Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia dalam masa terdekat serta isu-isu lain seperti kuota haji, pendidikan dan pelancongan turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

Jelas beliau, Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi melibatkan perdagangan serta pelaburan dengan Arab Saudi.

Putera Faisal yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula 7 Jun lepas turut menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini