Malaysia dan Amerika Syarikat menandatangani kenyataan bersama yang menyentuh mengenai kepentingan meningkatkan kerjasama masa hadapan.

Ia merangkumi pemampanan perdagangan; pelaburan; fasilitasi industri dan hubungan; serta kerjasama teknikal.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan berkata kedua-dua negara turut bersetuju bekerjasama dalam bidang seperti produk pengawalan perubahan iklim; perdagangan digital; peranti perubatan; serta elektrik dan elektronik.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat semikonduktor bersama dengan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Gina Raimondo sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.

Mengenai lawatan rasmi Raimondo ke negera ini, beliau berkata ia memperlihatkan hubungan ekonomi Malaysia-Amerika Syarikat yang utuh serta hubungan dua hala yang dinamik sejak beberapa dekad yang lalu.

Lawatan ini juga adalah signifikan kerana merupakan lawatan pertama oleh Pegawai Kanan Kabinet di bawah pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris.

Lawatan sulung Raimondo dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini