Mengenai inisiatif hijau,  Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Local Governments for Sustainability (ICLEI) (e-clay) dalam membangunkan Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAPs).

Malaysia akan membangunkan sekurang-kurangnya dua GCAPs di bawah RMK12 untuk bandar anggota BIMP-EAGA sebagai sumbangan ke arah mempercepat pelaksanaan inisiatif bandar hijau, sejajar komitmen negara menjadi bandar neutral karbon menjelang 2050.

Manakala Mengenai BIMP-EAGA dan Tabung Kerjasama Korea Selatan (BKCF), beliau yakin ia akan memberi sumbangan bermakna dengan meningkatkan kerjasama dalam ketersambungan maritim, dagangan dan pelaburan, pelancongan, pembangunan sumber manusia, dan keselamatan maritim serta alam sekitar.

Dipengerusikan Indonesia, BIMP-EAGA yang dihadiri negara anggota serta ADB dan Pusat Fasilitasi BIMP-EAGA diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-38 dan Ke-39 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini