Malaysia bakal menjadi pemain industri biosimilar utama di rantau ini apabila fasiliti pengeluaranya dijangka siap dalam tempoh 4 tahun lagi. Ia adalah fasiliti pengeluaran produk biosimilar komersial pertama, di Malaysia. Kejayaan perlaksanaan itu bakal meletakkan negara sebagai antara pemain utama pasaran biosimilar dirantau ini. Ini akan menjadikan penjagaan kesihatan di Malaysia lebih mampu milik dan mudah diakses. Pemeteraian perjanjian persefahaman usahasama itu ditandatangani tiga pihak antara Venture-TECH, Duo-pharma Bio-tech dan syarikat biologik utama Korea, Pan-Gen Bio-tech Incorporation di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini