Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Local Governments for Sustainability (ICLEI) dalam membangunkan Pelan Tindakan Bandar Hijau (GCAPs).

Malaysia akan membangunkan sekurang-kurangnya dua GCAPs di bawah RMK12 untuk bandar anggota BIMP-EAGA sebagai sumbangan ke arah mempercepat pelaksanaan inisiatif bandar hijau, sejajar komitmen negara menjadi bandar neutral karbon menjelang 2050.

Manakala Mengenai BIMP-EAGA dan Tabung Kerjasama Korea Selatan (BKCF), beliau yakin ia akan memberi sumbangan bermakna dengan meningkatkan kerjasama dalam ketersambungan maritim; dagangan dan pelaburan, pelancongan; pembangunan sumber manusia; dan keselamatan maritim serta alam sekitar.

Dipengerusikan Indonesia, BIMP-EAGA yang dihadiri negara anggota serta ADB dan Pusat Fasilitasi BIMP-EAGA diadakan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-38 dan Ke-39 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini