Malaysia tidak melaksanakan kajian keberkesanan vaksin terhadap varian Omicron berikutan hanya terdapat satu kes dalam negara. 

Jelas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim, buat masa ini, pengambilan dos penggalak adalah langkah terbaik bagi meningkatkan imunisasi tubuh. 

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

3 Disember lalu, Malaysia merekodkan kes pertama positif varian Omicron melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini