Malaysia meletakkan keutamaan untuk membangunkan kembali ekonomi, selain menempatkan negara pada kedudukan lebih kukuh dengan ekonomi yang lebih kompetitif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengakui cabaran yang dihadapi negara sejak 18 bulan lepas turut memberikan peluang kepada kerajaan untuk mengkaji semula dasar dan strateginya.

Beliau juga menyenaraikan beberapa keutamaan kerajaan dalam tempoh 10 tahun akan datang termasuk meningkatkan pendapatan, menghapuskan kemiskinan mutlak dan mengurangkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah serta memastikan pertumbuhan berkualiti yang mampan iaitu pertumbuhan tanpa menjejaskan persekitaran.

Beliau berkata demikian secara maya dalam webinar Rancangan Malaysia Ke-12 – Membangunkan Negara dalam Semangat Keluarga Malaysia.

Kerajaan juga kekal komited untuk memastikan dasarnya sentiasa mengambil kira keperluan memulihara kekayaan kepelbagaian bio negara demi kepentingan generasi akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini