Pendemik Covid-19 masih pantas merebak di seluruh dunia. Namun sekarang kita melihat adaanya sinar cahaya dalam kegelapan wabak ini. Dengan adanya vaksin Covid-19, Kita mampu mengatasinya.

Kerajaan Malaysia telah berjaya memperolehi vaksin ini. Bermula bulan Februari 2021, Malaysia telah menerima penghantaran vaksin Covid-19 secara berperingkat.

Ini akan membolehkan kerajaan memulakan proses untuk memberikan vaksin kepada rakyat Malaysia. Vaksin Covid-19 yang telah dibeli oleh kerajaan Malaysia adalah vaksin yang berkesan dan selamat untuk digunakan serta mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi.

Vaksin seperti Pfizer dan Astra Zeneca yang diperolehi telah di uji kepada puluhan ribu orang sebelum ia diluluskan di Negara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah.

Bagi menjadikan vaksin ini benar-benar berkesan, seramai mungkin rakyat Malaysia berumur diatas 18 tahun yang didapati boleh menerima vaksin ini, perlu diimunisasi.

Kerajaan akan memberikan vaksin ini secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 akan mula dibuka pada 24 Februari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini