Malaysia menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA edisi ke 34 yang akan diadakan pada tahun 2027.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusan berkenaan masih tertakluk kepada keadaan kewangan kerajaan selepas pasca pandemik Covid-19.

Menurut Tan Sri Mohamad Norza,Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) telah menghubungi MOM mengenai kebarangkalian untuk menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu selepas Brunei sekali lagi menarik diri daripada menjadi tuan rumah.

Malaysia sebelum ini telah menjadi tuan rumah  pada 1977,1989, 2001 dan 2017.

Sementara itu, beliau turut menambah peluang Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komenwel pada tahun 2038 juga dilihat sukar.

Ini kerana terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira seperti kesediaan kerajaan, persiapan atlet serta kos penganjuran yang tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini