Malaysia mencatatkan kes COVID-19 terendah dalam tempoh tiga minggu apabila 4,087 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari semalam. Sebelum ini, kes terendah yang dicatatkan negara ialah pada 7 November iaitu 4,343 kes yang merupakan jumlah terendah dalam tempoh enam bulan lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh yang dicatatkan hari ini mengatasi kes baharu, iaitu berjumlah 4,984 kes. Daripada 4,087 kes baharu dicatatkan hari ini, 72 kes atau 1.8 peratus dalam kategori tiga, empat dan lima, sementara 4,015 kes lagi atau 98.2 peratus adalah dalam kategori satu dan dua.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini