Malaysia kini menceburi bidang pengeluaran bahan api biodiesel generasi kedua dan biojet yang dijangka dikomersialkan ke pasaran global dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. 

Kejayaan itu dicapai  berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) mengenai pertukaran teknikal pengeluaran biodiesel dan bahan api biojet generasi kedua di Malaysia hari ini.

MoU tersebut bakal menyaksikan penubuhan kilang minyak sayuran terhidrogenasi di Pengerang.

Kira-kira 3 bilion ringgit pelaburan diperlukan bagi pembinaannya termasuk pengambilan tanah dan infrastruktur.
 
Fasa pertama kilang itu dapat menghasilkan  kapasiti pengeluaran 500 ribu tan setahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini