Malaysia dan China terus berusaha memantapkan hubungan dua hala yang sudah sekian lama terjalin dengan meneroka bidang baharu.

Ia termasuk dalam sektor ekonomi digital, keselamatan siber, pembangunan vaksin serta diplomasi budaya.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan kerjasama utuh komuniti perniagaan Malaysia dengan diaspora Cina mampu menjadi pemangkin pemulihan pasca pandemik.

Beliau ditemui media selepas melancarkan Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi Diaspora Cina, GCETS anjuran KSI Strategic Institute For Asia Pasific di Seri Kembangan.

Acara tersebut bakal berlangsung secara hibrid dengan penyertaan secara fizikal diadakan pada 16 Disember di Pulau Pinang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini