Kerajaan Malaysia dan Singapura sedang menilai risiko semasa covid-19 sebelum memutuskan untuk meneruskan skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat dan Udara, Singapura-Johor Bahru, 21 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penangguhan VTL ketika ini disebabkan kebimbangan ancaman varian Omicron.

37,783 orang sudah menggunakan VTL udara sejak 29 November lalu.
 
Singapura memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan baharu VTL selepas 21 Disember ekoran kebimbangan terhadap Omicron.
 
Penangguhan ketika ini bukan kepada inisiatif VTL sebaliknya untuk permohonan baharu keluar masuk.

30 Disember lalu, Datuk Seri Dr Wee memaklumkan, keputusan sama ada VTL disambung atau sebaliknya hanya dibuat dalam tempoh 48 Jam sebelum disambung semula 21 Januari ini.
 
Jika bersambung, jualan tiket dikurangkan kepada 50 peratus daripada jumlah sedia ada.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini