Kejayaan Malaysia layak secara merit ke Piala Asia 2023 memberi impak besar pada ranking FIFA.

Berdasarkan kemas kini yang dibuat badan induk bola sepak dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya melonjak naik tujuh anak tangga untuk berada di kedudukan ke-147 berbanding ranking 154 sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui facebook rasmi badan induk tersebut.

Kedudukan terbaru anak buah Pan Gon itu dibantu kejayaan cemerlang menewaskan Turkmenistan 3-1 dan Bangladesh 4-1 dalam aksi kelayakan kumpulan E, Piala Asia 2023.

Bukan itu sahaja, kejayaan menewaskan Brunei 4-0 dan Hong Kong 2-0 turut diambil kira apabila menyumbang kepada keseluruhan 1057.59 mata buat Harimau Malaya.

Berdasarkan kedudukan negara ASEAN, Malaysia kini di depan Indonesia dan di belakang Filipina, Thailand dan Vietnam.

Ranking seterusnya akan dikemas kini pada 25 Ogos.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini