Pencapaian itu juga dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Menerusi twitternya, beliau turut memaklumkan, Malaysia kini menduduki tempat keenam dalam Indeks COVID-19 Global (GCI).

Berdasarkan indeks tersebut, Malaysia memperoleh penarafan pemulihan lima dengan indeks pemulihan 78.74.

Negara jiran, Singapura pula berada di kedudukan teratas dengan indeks pemulihan 82.88, diikuti Korea Selatan (82.71) dan Taiwan (80.49).

Kesemuanya berkongsi penarafan pemulihan sama iaitu lima. GCI dibangunkan dengan input daripada pelbagai badan antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini