Malaysia memperoleh pengiktirafan dan menjadi negara pertama mendapat permit untuk hospital beroperasi bagi musim haji kali ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kecekapan negara sentiasa diperakui Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan mereka sedia maklum bahawa petugas Lembaga Tabung Haji (TH) akan mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan.

Ia juga membuktikan komitmen dan kecekapan TH dalam mengurus kebajikan Jemaah haji negara terutama aspek kesihatan.

Setakat ini, tiada kes kesihatan kritikal dilaporkan dan hanya melibatkan masalah kecil berkaitan pernafasan dan kulit akibat cuaca kering dan panas. 

Para Jemaah dinasihat agar sentiasa menjaga kesihatan susulan Arab Saudi dijangka mengalami gelombang haba minggu ini dan suhu dijangka mencecah sehingga 50 darjah celcius.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini