Malaysia dijangka berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, jangkaan berdasarkan perkembangan epidemiologi di negara luar yang menunjukkan gelombang berkenaan, akan berlaku.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak terus berjaga-jaga dan mendapatkan dos penggalak kedua bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan yang mempunyai penyakit kronik.

Sehingga kini, lebih 107,000 individu telah menerima dos penggalak kedua.

Sebahagiannya berusia 60 tahun dan ke atas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini