Malaysia berjaya dipilih menduduki satu daripada 20 kerusi sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi kategori C dalam Perhimpunan IMO untuk penggal 2022-2023.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, menerusi satu kenyataan media memaklumkan keputusan semasa sesi ke-32 Perhimpunan IMO yang bermula dari 6 hingga 156 Disember itu sekaligus menjadi kemenangan Malaysia buat penggal ke-9 berturut-turut.

Pemilihan itu juga adalah satu penghormatan dan tanggungjawab kepada Malaysia yang menjadikan industri perkapalan salah satu industri penting dalam pengangkuutan barangan serta pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Malaysia salah satu daripada 27 Negara Anggota IMO yang bertanding pada penggal sebelum ini mendapat 128 daripada 159 undi dengan satu undi tidak sah dan tiada yang berkecuali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini