Malaysia sekali lagi dipilih menduduki satu daripada 20 kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi kategori C dalam Perhimpunan IMO penggal 2022-2023.

Ia merupakan kemenangan negara buat penggal ke sembilan berturut-turut.

Menurut Menteri Pengangkutan; Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pemilihan merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab kepada Malaysia.

Ia juga tanda pengiktirafan dunia terhadap Malaysa sebagai hadiah 100 hari pentadbiran Perdana Menteri ke sembilan.

Pemilihan keanggotan Malaysia diputuskan pada sesi ke-32 Perhimpunan IMO.

Malaysia merupakan antara 27 negara anggota yang bersaing dengan mendapat 128 undi daripada 159 undi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini