Malaysia menduduki peringkat pertama daripada segi skor petunjuk ekonomi Islam Global, berdasarkan Laporan Ekonomi Islam Global dari 2016/2017 hingga 2020/2021. Bukan itu saja, negara turut menunjukkan prestasi teratas dalam sektor kewangan Islam.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, peranan dan sumbangan ekonomi halal tempatan terhadap ekonomi negara masih boleh dipertingkat supaya menjadi lebih signifikan.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penambahbaikan perlu dilakukan terhadap enam sektor berkaitan. Ia termasuk makanan halal, pelancongan, fesyen, kosmetik dan farmaseutikal, media dan rekreasi. Langkah itu penting, bagi meningkatkan skor dalam industri berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini