Perlawanan kelayakan Piala Asia 2022 , kumpulan J.
 
Misi melayakkan diri secara automatik ke pusingan akhir tercapai apabila pasukan negara Bawah 22, berjaya mengikat Thailand 0-0 di Ulaanbaatar, tengahari tadi. 

Dalam perlawanan yang berlangsung dalam suhu negatif 5 darjah celcius itu, pasukan negara dilihat lebih mendominasi permainan apabila menguasai permainan hampir keseluruhan separuh masa pertama.
 
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk mencari gol namun tidak berhasil,
 
Sehinggalah wisel penamat dibunyikan, kedudukan kekal 0-0.
 
Dengan keputusan itu, Malaysia menduduki tangga teratas dalam kumpulan J, mengumpul 7 mata hasil dua kemenangan dan 1 seri, manakala Thailand di kedudukan kedua kumpulan dengan 5 mata. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini