‘Kita tidak mahu lagi dibuli.’

Demikian janji Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tentang misi skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 nanti.

Janji itu dilontarkan Datuk Hamidin selepas menyaksikan Malaysia menamatkan penantian 43 tahun layak ke kempen trofi berprestij Asia tersebut secara merit dengan mengalahkan Bangladesh 4-1 malam tadi.

Menurut Datuk Hamidin, bagi memastikan Malaysia tidak lagi jadi ‘mangsa buli’ pasukan gergasi Asia yang lain, pihaknya telah berbincang dengan ketua jurulatih, Kim Pan Gon untuk melakukan persiapan yang lebih komprehensif dalam tempoh setahun.

Tambah beliau, misinya amat mudah, iaitu memastikan Harimau Malaya mampu memberi saingan kepada mana-mana pasukan selain memburu pencapaian pada tahap lebih tinggi pada masa depan.

Kemenangan ke atas Bangladesh malam tadi menyaksikan skuad Harimau Malaya menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata, dan muncul antara lima naib juara terbaik yang mengesahkan tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini