Kerajaan meningkatkan fokus untuk memperluas pembukaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara negara-negara jiran buat masa ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata penemuan varian baharu dikenali Omicron di beberapa negara turut diambil kira menerusi Skim VTL dalam mempertingkatkan langkah pencegahan dan kawalan sempadan negara.

Terbaharu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan sekatan perjalanan ke tujuh negara , Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Ia berikutan tiga negara melaporkan kes berkaitan varian Omicron (B.1.1.529).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini