Pelan Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan 2021- 2025 yang dilancarkan hari ini membantu menyediakan Malaysia ke arah hab pelancongan kesihatan terbaik dunia menjelang 2025. Menerusi pelan tindakan itu, jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ia menyediakan panduan jelas kepada rantaian nilai dan industri penjagaan kesihatan negara.

Kerajaan akan berkongsi pengalaman baharu dengan pelancong kesihatan menerusi pendekatan bersepadu dan kerjasama pendigitalan khususnya bagi Hab Kardiologi dan Kesuburan serta Pusat Kecemerlangan Rawatan Kanser.

Pelan tindakan ini juga dirangka seiring perkembangan sektor kesihatan yang kini melonjak sejak pandemik Covid-19. Tumpuan utama terarah kepada penyediaan kualiti rawatan dan pengalaman terbaik kepada pesakit.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini