Malaysia menghargai sokongan Jepun dan sumbangan negara itu ke arah Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif Asean untuk mengurangkan impak Covid-19.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sumbangan vaksin Jepun kepada negara anggota Asean juga satu usaha yang baik.
 

Sehubungan itu, Asean dan Jepun harus mempertingkat kerjasama dari segi pelbagai disiplin khususnya dalam kesihatan. 
 
Usaha itu sebagai persediaan yang lebih baik antara rantau ini bagi menghadapi kecemasan berkaitan kesihatan pada masa akan datang.
 
Pada Sidang Kemuncak Asean ke-24 secara maya, Datuk Seri Ismail Sabri  berkata, penubuhan Pusat Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baru Asean adalah penting dan tepat pada masanya.
 
Sebagai persediaan, Malaysia mencadangkan agar Asean dan Jepun meneroka untuk membantu penyelidik dan pakar ke arah pengeluaran vaksin serantau. 
 
Ini sekali gus membantu menangani kekurangan vaksin serantau dan bersedia menghadapi kemungkinan penyakit baru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini