Skuad bawah 22 tahun Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Asia B-23 di Uzbekistan, tahun depan.

Ia selepas seri tanpa jaringan dengan Thailand pada aksi terakhir kumpulan tersebut.
Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Brad Maloney memenangi tiket automatik sebagai juara Kumpulan J setelah mengumpul tujuh mata, hasil dua kemenangan dan satu seri.

Menang tipis 1-0 ke atas Laos dan tuan rumah, Mongolia pada dua aksi awal membuktikan potensi sebenar yang ada pada barisan pemain muda negara.

Misi layak secara automatik akhirnya tercapai selepas Malaysia berjaya mengikat Thailand yang dilihat sebagai antara pencabar utama Kumpulan J.

Dalam kempen itu, dua gol yang dihasilkan pemain sayap Terengganu FC Dua, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar ketika menentang Laos dan Mongolia, jelas menjadi azimat utama skuad negara.

Namun, kejayaan itu juga dibantu dengan kekebalan kubu pertahanan khususnya penjaga gol, Muhd. Azri Ghani yang menjadi benteng terakhir, sekaligus memastikan Malaysia menamatkan saingan tanpa dibolosi sebarang gol.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini