Malaysia dan Indonesia perlu meningkatkan kerjasama sebagai rakan serumpun menerusi gagasan ASEAN dalam mendepani dan menangani ketidaktentuan kesan COVID-19.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, kerjasama itu perlu merentasi semua bidang termasuk penyelidikan bagi memperkukuhkan daya saing dan integrasi ekonomi negara anggota.

Wakil perniagaan daripada kedua-dua negara perlu diwujudkan untuk memperkukuh ekonomi antara Malaysia, Indonesia dan negara ASEAN lain. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi Pengurusan dan Perakaunan Malaysia-Indonesia (MIICEMA) Ke-21 secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini