Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan koridor perjalanan melalui aturan Travel Corridor Arrangement (TCA) atau Vaccinated Travel Lane (VTL).

Menerusi kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Jokowi, kedua-dua negara sepakat terhadap Inisiatif koridor perjalanan menghubungkan Kuala Lumpur-Jakarta melalui jalan udara yang kemudian boleh ditambah destinasi-destinasi lain yang telah menunjukkan risiko rendah.

Ia akan memberi keutamaan kepada mereka yang telah divaksinasi penuh, bagi kategori pengembara untuk tujuan rasmi, perniagaan, perubatan dan kemanusiaan. Kenyataan Bersama Perdana Menteri dan Presiden Indonesia diadakan di Istana Bogor, Jakarta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini